Friday, April 30, 2010

Gulai Nenas Ikan Merah

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Harap kawan2 semua sihat dan ceria selalu di samping keluarga dan tugas seharian. Dah masak ke belum? Lauk apa agaknya hari ini ya. Hari ini saya masak gulai nenas ikan merah. Sesekali makan lauk berlemak sedap juga, kena pula makan bersama ikan masin, mau bertambah2 nasi....sedap betul. Ok lah mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.


Bahan-bahan


* 1 biji nenas, kupas dan belah2(saya guna dlm tin je)
* 2 ekor ikan merah, potong 3
* 1 helai daun kunyit, dikoyak2kan
* 1 keping asam gelugor
* Garam dan gula secukup rasa
* 1 cwn santan pekat
* 2 cwn santan cair
* 8 biji bawang merah kecil*
* 3 ulas bawang putih*
* 4 biji cili merah*
* 1 inci kunyit hidup*
* 1 keping nipis hirisan lengkuas*
* 1/2 inci belacan*(*dikisar halus)
* 1 btng serai- di ketuk

Cara-cara
  1. Siang ikan dan bersihkan. Sementara itu kisar bahan2 yg bertanda *.
  2. Dalam periuk, masukkan nanas yg telah dipotong bersama bahan2 kisar, gaul rempah dan nenas hingga rata dan tenggekkan diatas dapur, masak dgn api perlahan utk 2 - 3 minit.
  3. Masukkan santan cair, biarkan mendidih. Masukkan ikan merah, asam gelugor dan daun kunyit yg telah dikoyak2kan tadi. Masukkan serai yg di ketuk tadi.
  4. Bila mendidih perlahankan api dan tuang santan pekat. Perasakan dgn garam dan gula. Biarkan mendidih sambil di kacau ...jngn pecah santan. Matikan api dan boleh dihidangkan bersama nasi putih panas dan ikan masin.

10 comments:

  1. kalau dapat mkn ikn gulai ni mmg bertambah-tambahla jawabnyer..

    ReplyDelete
  2. salam yatie
    u tanam sendiri ke pokok kunyit? or ada jual di sana? nampak sedap yang lapar le plak. heheheh...

    ReplyDelete
  3. Assalammualikum...bestnya nampak gulai ni...tak pernah lak kak gerau masak ikan ni ngan nenas...sedap agaknya ya...salam kenal dari kak gerau.

    ReplyDelete
  4. Salam kak yatie!!!!!! kangen ki! hihihi..akak sihat ke kak? seapnyer lauk2 yg kita dah ter miss byk2 niii... n akak sihat ke? umah akak n kak ummi setakat ni tak mo kuar cboxnyer huhu..

    ReplyDelete
  5. salam Yatie , lama dah tak makan gulai ikan ngan nenas ,last masa kenduri tahun lepas ,memang sedap..rasa sikit la gulai Yatie

    ReplyDelete
  6. salam Yatie...gulai nenas yg power!!!Kita siap bwk nasi panas ni...tunggu Yati bubuh lauknya ya..he he

    ReplyDelete
  7. Mesti sedap ni. Walaupun mama tak boleh makan nenas, tapi kalau Yatie hulur semangkuk ni, mau licin ma makan! Hahaha...

    ReplyDelete
  8. Dalila=> memang akak makan hari ni bertambah2 nasi...berselera betul di buatnya..

    Nur=> wkmsalam, pokok kunyit ni kawan yg tanam...dia bagi yatie banyak....yatie frozen kan...biar tahan sikit..

    Geraugebang=> wkmsalam, thanks sudi singgah dan salam perkenalan jua dari yatie...mmng sedap ikan ni masak gulai nenas...cubalah...

    ReplyDelete
  9. Ika=> wkmsalam, alhamdulillah akak sekeluarga sihat walafiat...tak taulah cbox ni kdng2 menggonglah...arini akak n3 tapi tak keluar2..geram betullah..

    Mas=> wkmsalam,boleh je...mai yatie cedokkan nasi sekali ya...

    ReplyDelete
  10. Yat Maria=> wkmsalam, alamak siap bawak nasi sendiri lagi...takpe2 mailah kita makan sama2 ya..tambah2 jngn malu2 ya..

    MamaFami=> alahai mama, malulah mama dtng sini...Yatie masak sempoi2 je...lain kali kalau mama nak dtng beritahu ya...nnti Yatie masak spesel punyer...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails