Saturday, May 29, 2010

Bercuti Ke New York

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Harap anda semua sihat dan ceria di samping tugas seharian dan keluarga tersayang.Sebenarnya saya nak beritahu di sini, saya akan bercuti dari aktiviti memasak minggu ni dan saya dan keluarga tak ada di rumah. Kami sekeluarga akan pergi bercuti ke New York selama seminggu.

Terima kasih kepada kawan2 yg masih setia berkunjung kesini. Kawan2 semua bolehlah melihat atau mencuba resepi2 yg sedia ada di sini....resepi2 yg ada di sini memang untuk di kongsi bersama dan sudah di halalkan.

Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan semoga kami selamat sampai ke destinasi dan selamat pulang dengan selamat. Semoga kita berjumpa lagi. Kalau ada kesempatan saya akan update cerita terkini..Salam..

Nasi Ayam Goreng

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Hari ni saya masak nasi ayam goreng. Rasanya memang sedap, ada rasa rempah2 kat nasi tu. Resepi asal adalah dari Tummy dan saya C&P dari rumah Cik Manggis. Kalau kawan2 nak rasa, bolehlah mencubanya, dan boleh tengok cara2nya di rumah CM. Nasi ni sedap di makan begitu saja, tetapi saya makan bersama salad sayur dan sos pedas utk ayam tu. Sos pedas tu rasanya macam sos utk nasi ayam.


Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
  • 2 sudu kecil garam*
  • 1 sudu besar serbuk kunyit*
  • 1 sudu besar rempah kari*
  • Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
  • Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.
Bahan Utk Masak Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.

Friday, May 28, 2010

Udang Masak Cili Padi Bersama Nenas

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Dah makan ke belum? Hari ni saya masak udang lemak cili api bersama nanas. Biasanya saya guna udang yg belum di siang, tapi kali ni nak senang dan memudahkan anak2 makan, saya dah kopek udang tu sekali. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan....lebih kurang mcm masak lemak ikan, ayam atau ketam je.


Bahan-Bahan
  • 500 gm udang sederhana besar
Bahan Kisar/ Tumbuk
  • 10 biji cili padi
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai-ketuk
  • 1 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor/keping
  • 1/2 biji nanas- di potong2 kecil
  • garam dan gula secukup rasa
Cara -Cara
  1. Blend / tumbuk bahan2 kisar dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan serai yang di ketuk dan gaul sebati. Masukkan santan cair dan asam keping.
  2. Masukkan nanas dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  3. Masukkan udang dan masukkan santan pekat.... gaul lagi. Biarkan mendidih sebentar sambil di gaul lagi.
  4. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah tutup api dan hidangkan.

Kuih Lapis Pisang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Semoga anda semua ceria di pagi yg indah dan penuh keberkatan ini. Dah breakfast ke belum? Hari ni saya breakfast kuih lapis pisang....rasanya sedap sangat. Hari tu tengok kuih ni kat umah Kak CT, lepastu rumah K.Ummi...rumah K.Jun pulak...dan ada juga di rumah Ika. Saya pun dah memang peminat setia kuih talam dan kuih lapis ni...tak sabar nak mencubanya. Memang sedap dan tak rugi mencubanya. Resepi asal adalah dari Kak Liza chef tersohor tu. Terima kasih ya akak2 semua yg sudi berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Saya C&P dari rumah K.Ummi


Bahan A:-
  • 2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:-
  • 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)
Bahan C:-
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna merah
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
  3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
  4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
  5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
  7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
  8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
  9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

Thursday, May 27, 2010

Ayam Berempah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Harap anda semua baik2 saja. Hari ni saya masak lauk ayam lagi. Biasanya lauk pedas2 mcm ni memang kegemaran suami saya. Jadi mudahlah kerja,lauk ayam dah pedas...jadi cuma masak sayur tumis2 je. Resepi kali ni saya cuba dari Nuridah, terima kasih Nur kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Rasanya Mamasyipah dan Ika pun dah mencubanya....kawan2 bila lagi.....mmng sedap tau.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam dicuci bersih dan di potong lapan atau mengikut cita rasa sendiri.
  • sedikit kunyit untuk mengoreng ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • 200 ml santan
  • 3 biji bawang besar di kisar (mengikut saiz pada bawang)
  • 4 ulas bawang putih di kisar
  • 6 cm halia di kisar
  • 4 batang serai di kisar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar rempah kari
  • garam secukup nya
  • sedikit gula
  • 2 helai daun kunyit
  • 1 keping asam gelugur
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-Cara
  1. Ayam digaulkan bersama kunyit, garam dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan-bahan yang di kisar bersama rempah kari dan cili kisar hingga naik bau nya.
  3. Masukkan santan, garam, gula, asam keping dan juga ayam.
  4. Kacau rata dan biarkan kuah menjadi pekat. Akhir sekali masukkan buah tomato jika suka.

Wednesday, May 26, 2010

Puding Berkuah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke sini lagi. Sekarang cuaca di US dah mula panas, jadi saya pun mulalah membuat dessert utk sejukkan tekak ni. Biasanya masa bulan puasa mmng wajib buat dessert seperti ini, dan ianya memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan..mudah je..



Bahan2 Utk Puding
  • 1 cwn tepung kastard
  • 5 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.
Bahan Utk Kuah
  • 1 tin mix fruits ( Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air biasa (air masak)
  • 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)
Cara-Cara
  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang mix fruit dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur mix fruit.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.
**Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuang mix fruit tadi.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama puding kastard

Award Dari Love2Cook

Salam dan selamat pagi semua. Semoga anda sihat dan ceria sentiasa. Pagi ni saya nak letak award pemberian dari seorang sahabat di alam cyber iaitu LOVE. Love ni walaupun berlainan bangsa tetapi dia baik sangat...dialah juga orang yg pertama memberi saya award semenjak saya berblog. Terima kasih Love award yg cantik ini, semoga persahabatan ini berpanjangan hendaknya.



Tuesday, May 25, 2010

Ayam Blackpepper Dan Broccoli

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ni saya masak ringkas je...ayam blackpepper dan broccoli, tapi saya tambah tomato dan carrot. Biasanya lauk ringkas ni anak2 suka sebab tak berapa pedas dan siap sayuran sekali. Ok mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.


Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam / 500 gm isi ayam
  • 300 gm brokoli (di potong kecil)
  • 2 biji tomato ( belah 4)
  • 1 batang carrot
  • 1 biji capsicum (di hiris)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar tepung jagung, bancuh dngn 1/2 cwn air
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 5 sudu besar minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumis (di hiris)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
Cara-Cara
  1. Ayam di potong kecil, bersihkan dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
  3. Masukkan ayam dan biarkan hingga sedikit empuk. Masukkan carrot...biarkan sebentar, masukkan brokoli dan tumis sehingga masak/lembut.
  4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
  5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan tomato dan capsicum.
  6. Setelah cukup rasa, bolehlah di angkat dan hidangkan.

Monday, May 24, 2010

Kek Marble Susu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Harap anda semua baik2 saja. Hari ni saya nak letak resepi kek marble susu yg saya buat semalam. Kek ni sedap dan moist, lebih2 lagi bila dah semalaman. Resepi asal adalah dari Kak Norzailina Nordin dan saya C&P dari rumah CMG. Izinkan saya letak resepinya di sini ya chef, terima kasih kerana berkongsi resepi yg sedap ini. Rasanya ramai kawan2 yg dah mencuba kek ni...pada yg belum tu, bolehlah mencubanya.



Bahan-Bahan
  • 250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
  • 230 g gula halus
  • 2 camca teh ovallate
  • 4 biji telur gred A
  • 270 g tepung halus*(tpng gandum pun boleh..tapi tpng halus lagi best)
  • 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 60 g susu pekat manis
  • 2 camca besar serbuk koko
  • 2 camca besar susu cair
  • 1 camca teh coklat emulco
Cara membuatnya
  1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.
  3. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  4. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Saya bakar 45 minit, bergantung pada oven masing2 ya.
  6. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..

Sunday, May 23, 2010

Louisiana

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni line internet lambat sikit, nak masukkan n3 masakkan memakan masa yg lama... jadi saya letak lagi gambar2 yg di ambil semasa kami pergi becuti.












Bersiar2 Di Taman

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.Hari ni saja nak letak gambar2 semasa kami bersiar2 di taman. Sebenarnya banyak gambar2 nak letak di sini...dan inilah sebahagian gambar2nya. Lain kali saya letak lagi ya...








Saturday, May 22, 2010

Ayam Goreng Madras

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah ayam goreng madras yg saya masak untuk di makan bersama nasi goreng. Rasa rempahnya membuatkan ayam goreng ini sedap dan ranggup. Resepi asal adalah dari majalah rasa dan saya C&P dari rumah Leen. Ramai juga kawan2 yg telah mencuba, antaranya Hana dan Ika. Terima kasih kepada kawan2 yg sudi berkongsi resepi yg sedap ini. Maaf ya sebab saya ada tambah sedikit rempah lain sbb kari di sini lain sikit rasanya...ini untuk menyedapkan lagi ayam goreng madras saya.



Bahan-bahan:-
  • 500gm ayam (saya guna 1 ekor di potong 12 ketul)
  • 60gm Bawang Merah (saya guna 3 ulas)*
  • 60gm Bawang Putih (saya guna 4 ulas)*
  • 60gm Halia ( saya guna 1 inci)* bhn di tumbuk
  • 3 sudu makan serbuk kari ayam
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk cili (saya tambah)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis (saya tambah)
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • 4 sudu makan tepung beras
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • 3 sudu makan dadih
Cara-Cara:-
  1. Ayam di potong, bersihkan dan di toskan.
  2. Gaulkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama ayam.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali minyak.
  4. Gaul sebati dan perap setengah jam atau lebih.(saya perap 2 jam)
  5. Panaskan minyak, goreng ayam-ayam tadi. Setelah garing, angkat dan boleh di hidang.
  6. Hidangkan bersama sos atau pun dadih.

Nasi Goreng Cina

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua. Semoga anda semua sihat dan ceria2 sentiasa. Hari ni saya masak nasi goreng cina. Biasanya nasi goreng cina ni tak pedas, tetapi saya tambah cili ikut kesesuaian. Nasi goreng ni kalau tak pedas, tak berapa laku kat rumah ni...itu yg saya tambah cili supaya laku nasi goreng saya. Jom kita tengok resepi yg mudah dan semestinya sedap ini....kalau tak percaya...cubalah...


Bahan-Bahan
  • 4 cawan nasi sejuk ( peroikan)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan udang sederhana besar
  • 1 cawan sayur campur
  • 2 batang cili hijau/merah
  • sedikit daun sup/daun bawang(di hiris)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
Bahan Tumis (di tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar lada hitam
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.Masukkan telur dan biarkan sebentar.
  2. Bila nampak telur separuh masak kacau cepat2 supaya hancur dan rata.
  3. Masukkan sayur campur dan udang. Masukkan hirisan cili hijau/merah... Kacau rata.
  4. Masukkan sos tiram dan gaul lagi.Masukkan nasi dan garam serta sedikit gula. Kacau supaya rata dan goreng nasi sampai berasap2...
  5. Masukkan potongan daun sup dan daun bawang...kacau lagi. Sekiranya rasa dah ok bolehlah matikan api dan angkat nasi tu.
  6. Nasi goreng ni boleh di makan bersama ayam goreng atau keropok ikan.

Friday, May 21, 2010

Pulut Serikaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Moga anda semua sihat dan ceria bersama keluarga tersayang.Dah bersarapan ke belum? Hari ini saya masak kuih pulut serikaya untuk sarapan pagi merangkap untuk minum petang sekali. Kuih ni sedap, kepada penggemar kuih talam atau kukus ni, bolehlah mencubanya. Bagi yg tidak tu, tak mengapa...cuci mata jelah..hi3...Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.



Bahan-bahan

* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah
  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka
* 1/2 cwn gula pasir
* 2 biji telur
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir)
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)

Cara Untuk Lapisan Atas
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.

Thursday, May 20, 2010

Nasi Kuning

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Dah makan ke belum? Hari ini saya masak nasi kuning. Rasa nasi ni macam nasi lemak dan warnanya kuning yg membuatkan kawan2 tertanya2 mcm pulut kuning. Kalau nak tahu rasanya kenalah mencubanya....bahan2 dan cara2 pun senang je. Resepi asal adalah dari As, izinkan Yatie letak resepinya di sini ya..terima kasih banyak2.



Bahan-bahan
  • 4 cawan beras basmathi
  • 2 cawan santan
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan
  • 1 btg serai-diketuk
  • Sedikit serbuk kunyit
Cara-Cara
  1. Cuci beras hingga bersih dan toskan. Sementara itu hiris bawang besar dan halia.
  2. Masukkan beras,bahan hiris bersama daun pandan,serai, serbuk kunyit dan garam kedalam rice cooker.
  3. Masukkan santan dan air ke dalam rice cooker.
  4. Masak seperti biasa, ketika mendidih masukkan 1 sdb minyak masak, supaya nasi gebu..
  5. Setelah masak,gemburkan nasi perlahan2 dan bolehlah di hidangkan.
** Boleh dihidang bersama sambal ikan,sambal tumis, rendang, ikan bilis, telur, timun, tomato dan mcm2 lagi....Ikut selera masing-masing..

Ayam Serai Kasturi

Salam dan bertemu kembali. Dah masak ke belum. Inilah lauk saya hari ini iaitu ayam serai kasturi. Sebenarnya saya suka cuba sesuatu masakkan yg baru. Resepi ini saya dapat dari CMG. Resepi asal guna limau kasturi, oleh kerana di sini tiada limau kasturi, saya gantikan pada lemon jus. Rasanya sedap sangat dan menepati citarasa kami sekeluarga. Terima kasih kepada CMG yg berkongsi resepi ni. Ayam ni sesuai di makan bersama apa2 jenis nasi.


BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 ekor ayam, potong ikut suka
  • 2 batang serai, dititik
  • 6 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 cawan susu sejat ( guna susu sejat "ideal")
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bahan Kisar
  • 8 biji bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inci lengkuas, dibakar*
  • 1 inci halia, dibakar*
  • 3 biji buah keras*
  • 10 biji cili merah*
  • 5 biji cili padi (optional)*
  • 2 batang serai, hiris halus*
  • 1/2 inci kunyit hidup, dibakar*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :
  1. Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng embal2 (setengah masak), angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai titik dan daun limau purut hingga harum dan terbit minyak (guna api sederhana).
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan tuang susu cair dan air. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat dan tambah jus limau kasturi, gaul rata dan biar masak 1 - 2 minit.
  4. Seimbangkan rasa (harus ada rasa masam2 manis dan haruman serai serta limau kasturi) dan jika semua dah ok, boleh matikan api. Angkat dan hias dengan daun bawang, hidangkan bersama nasi hangat...

Wednesday, May 19, 2010

Roti John

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ini saya buat roti john untuk sarapan pagi tadi. Biasanya saya beli saja masa di Msia, bila di perantauan ni...semuanya kena buat sendiri. Resepi asal adalah dari Hana yg sememangnya pakar memasak tu. Terima kasih Hana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini.



Bahan-bahan

* 150g daging cincang
* 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
* 1 sudu kecil serbuk kari
* Carrot@kentang- potong dadu kecil-(saya tak letak)
* garam dan sedikit gula
* 2 biji telur
* daun sup - cincang halus
* minyak@butter
* Roti Hotdog (roti putih boleh juga)
* Sos Cili@Tomato dan mayonis

Cara-cara
  1. Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan carrot@kentang. Masukkan skali kari yang dibancuh dengan sedikit air. Perasakan dengan garam. Masak hingga agak kering.
  2. Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi dan juga daun sup. Kacau.
  3. Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letak di atas telur. Jika menggunakan kuali besar leh wat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
  4. Paipkan sos dan juga mayonis. Boleh juga letak salad atau sebagainya. Kemudian tutup semula roti tu. Potong dan siap dihidang.

Tuesday, May 18, 2010

Ayam Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Harap anda semua ceria2 sentiasa. Dah makan ke belum....hari ini saya masak ayam lemak cili api. Sesekali makan lauk masak lemak ni memang sedap, kena pulak ada ikan masin...memang bertambah2 nasi. Oklah mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.


BAHAN-BAHANNYA

*1 ekor ayam
*3 biji kentang ( belah 4 dan rendam)
*2 cawan santan cair
*1 cawan santan pekat
*3 batang serai, dititik
*3 keping asam gelugor
*Garam dan secubit gula
*10 btng cili padi (nak pedas boleh tambah lagi)*
*1 inci kunyit hidup tua*
*1 inci halia*(*ditumbuk halus)
*1 helai daun kunyit

CARA-CARA
  1. Ayam di potong 12, cuci bersih dan toskan.
  2. Masukkan serai titik dan bahan tumbuk halus ke dalam periuk.
  3. Kacau rata dan masak atas api sederhana hingga mendidih, masukkan ayam dan kentang.
  4. Tuang santan cair dan gaul sehingga mendidih.
  5. Masak hingga kentang lembut, tambah asam gelugor, garam dan secubit gula.
  6. Tuang santan pekat, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, sambil dikacau sekali sekala.
  7. Rasa dan jika ok boleh matikan api..Hidangkan bersama nasi putih hangat dan lauk2 lain yang anda gemari....

Monday, May 17, 2010

Kek Kukus Velvet

Salam dan bertemu kembali. Inilah kek kukus velvet yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Selain warnanya yg cantik rasa kek ini sedap dan menepati citarasa kami sekelurga. Resepi asal adalah dari Kak Fida @MyR...terima kasih ya akak kerana berkongsi resepi yg sedap ini.




Bahan-bahan


*5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
*225 gm gula halus
*220 gm tepung gandum
*1 sudu kecil rata baking powder
*1 sudu besar ovallette
*150 ml susu cair
*1/2 sudu kecil garam
*100 gm minyak jagung/masak
*1 sudu kecil esen vanila
*beberapa titis pewarna merah, kuning dan hijau
*asam hawflakes secukupnya

Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 3 bahagian....letak pewarna kegemaran.
  4. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama, letak merah dulu menggunakan 6 sudu makan setiap adunan dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  5. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
  6. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  7. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 3 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...

Sunday, May 16, 2010

Sum Sum Pandan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Bubur sum2 ni saya buat semalam, tapi tak sempat nak n3. Resepi asal adalah dari Kak Fida di MyR dan saya C&P dari rumah Hana. Terima kasih banyak2 resepi yg mudah dan sedap ini.



Bahan-bahan

* 100 g tepung beras
* 100 g tepung jagung
* 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
* 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
* 1 sk garam atau secukup rasa
* sedikit pewarna hijau (opt)

* SIRAP GULA MELAKA :-(saya buat separuh adunan sirap gula melaka ini)
* 500 g gula melaka
* 1000 ml air
* 2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

Friday, May 14, 2010

Ayam Madras

Salam dan bertemu kembali. Inilah menu tengahari kami sekeluarga iaitu ayam madras. Resepi asal adalah dari chef Sabri dan saya C&P dari rumah Dayang Jack. Ayam madras ni mmng sedap dan sesuai di makan bersama apa3 jenis nasi dan pelbagai roti. Kalau kawan2 nak tahu rasanya...cubalah sendiri ya.


Bahan-Bahan :

* 8 ketul ayam (saya guna 1 ekor ayam)
* 100 g ubi kentang (dipotong wedges- saya guna 4 biji)
* 10 g bawang putih (dihiris halus)
* 20 g bawang merah (dihiris halus)
* 15 g halia (dihiris)
* 4 sb minyak sapi
* 1 helai daun pandan (disimpul)
* 5 sb rempah kari daging
* 1 sk serbuk jintan putih
* 1 sk serbuk jintan manis
* 1 biji jus limau nipis
* 4 biji buah keras (rendam dan kisar)
* 1 cawan yogurt ( saya guna sour cream)
* 1 cawan air
* 1 cawan susu cair
* 1 sk serbuk pati ayam
* 1 tangkai daun kari
* garam dan gula secukup rasa
* bahan tumis : 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga & 2 cm kulit kayu manis

Cara-cara :
  1. Bancuh serbuk kari daging, jintan manis dan jintan putih dgn secawan air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi, tumis bahan rempah, bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau.
  3. Masukkan pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, daun pandan, ubi kentang, pati ayam lalu dikacau selama 4 minit. Tuangkan sedikit air, buah keras dan susu cair. Masak hingga ubi kentang empuk.
  5. Masukkan yogurt, air limau nipis dan perasakan dgn garam dan gula.
Related Posts with Thumbnails