Tuesday, December 27, 2011

Donut Kentang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran, terasa sunyilah pulak blog Sinar Kehidupanku ini. Terima kasih pada kawan2 yg sudi singgah, maaflah ya asyik menu laksa je. Sejak 2-3 hari ni saya sibuk sikit, jadi tak berkesempatan nak update blog.
Kali ni saya kongsikan bersama resepi donat kentang yg saya buat petang tadi. Donat kentang ni lembut je, bila dah sejuk pun tetap lembut. Kalau kawan2 rajin tu, bolehlah salut dngn coklat masakan ya...saya lebih suka makan dngn gula halus je.
Terima kasih pada Ros Jintan Manis kerana berkongsi resepi yg best ni. Kali ni saya C&P dari K.Nor lagi. Sebenarnya K.Nor tukar pada keledek, saya pula masih gunakan resepi asal iaitu kentang. Kalau ada stok keledek nanti, bolehlah cuba pula donat keledek ya. Jom kita semak resepinya...kalau ada bahan2nya tu, bolehlah buat utk sarapan esok pagi.



Bahan-Bahan
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram kentang/ keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 200 ml air suam ~ Yatie uli doh guna tangan je, so masukkan air sikit2 ya
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis
Caranya.
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

3 comments:

  1. zura suka makan donut tp x suka menguli doh.. kalu ada BM kan best.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. aslmkm kak..sedapnya donat, ni kena stand by kuih2 frozen mcm ni nak buka sklh nanti..hehe
    rsp Ros ni mmg saya suka kak..ada lg ke?

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat anak Yati kejayaan dlm PMR....moga terus cemerlang.
    nengok laksa lemak tu mmg favorit...sedap sgt. donut ni kalau di rumah mmg laku....ramai peminat.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails