Wednesday, January 8, 2014

Bingka Kacang Hijau

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni sajalah nak mencuba bingka kacang hijau. Kebetulan buat bubur kacang petang tadi, alang2 rebus kacang, tu yg asingkan dlm 2 cwn utk buat bingka kcng hijau ni. Alhamdulillah menjadi dan sangat sedap rasanya. Saya mmng suka kuih2 mcm ni. Pada peminat bingka tu, bolehlah cuba. Sebelum ni pernah buat Bingka Kacang Merah ..boleh cuba kalau teringin..




Bahan-Bahan- (loyang 9x9 inci atau acuan pecah 8)

  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega/minyak sapi
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
  • 2 cawan kacang hijau yg telah di rebus- (bahagi dua)
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan bersama 1 cawan kcng hijau dan kisar sampai sebati.
  2. Masukkan dlm periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna whisk. Guna api sederhana je.
  3. Masukkan 1 cwn kacang hijau yg tidak di kisar tadi dan gaul rata.
  4. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
  5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

7 comments:

  1. Assalamualaikum Yatie...cantik kejadian bingka kacang hijau ni. Nampak lemak, dan lembut..rasanya tentu sedap. InsyaAllah saya teringin nak cuba nanti. Resepi yatie ni mmg sedap2 belaka.

    ReplyDelete
  2. Adehhh... pepagi ternampak gmbar ni rasa teringin sgt pulak... mana nak cari ni... huhuhu...

    ReplyDelete
  3. bijakk akak.. saya baru abiskan kacang ijo buat kuih rengas. simpan resepi dulu .tq kak

    ReplyDelete
  4. Gud idea Tie... wajib buat ni...

    ReplyDelete
  5. telan air liur bila tengok bingka kacang hijau ni..klu dapat seketul dua buat sarapan kan best..

    ReplyDelete
  6. Siap sudah kak bingka saya. tq byk2 dan izin sy kopipes dlm blog ye.

    ReplyDelete
  7. salam..sy nk share..tengah mencuba ni..tqsm.. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails